Friday 5 July 2013

Semakin Hari Semakin Sayang

"semakin hari ku pandang jiwaku rasa tak tenang,semakin hari ku semakin sayang"

Assalamualaikum
Yang kat atas tu sebahagian lirik lagu Uji Rashid,tajuk dia semakin hari semakin sayang.Sebenarnya lagu ni lagu favourite mak aku.Selalunya bila balik kampung,aku dengan mak aku mesti akan nyanyi lagu ni.Masa memasak pun jadilah nyanyi jugak,hahaha.Bak kata orang-orang tua kalau anak dara menyanyi kat dapur nanti kahwin dengan orang tua,betul ke?hehe.Tak mungkin lah!Dan bila berjauhan ni,aku rindu sangat kat mak,sangat-sangat! Sebab apa-apa saja yang berkaitan,yang berlaku kat aku,Mak je yang tahu.Mak lah yang jadi pendengar setia aku,pendengar celoteh aku bila-bila masa saja ada masa untuk aku.Dimana masa aku tengah stress,tengah sedih,hanya mak lah yang mampu menceriakan aku.Seriously,mak aku seorang yang sporting,semua kawan-kawan aku bila diaorang jumpa mak aku,semua nak jadikan mak aku ni macam mak diaorang,aku kata mana boleh,ni mak aku! haha Tapi dalam masa yang sama aku harap mata yang sentiasa berikan aku semangat dorongan,kata harapan itu takkan mengalirkan airmata.Cuma nak cakap, aku sayang mak !

Haa..ni la Norhayati Binti Abdul Rahim namanya.Seorang yang kuat tabah.Yang melahirkan aku dan menjaga aku sampai lah aku besar macam ni.

Thursday 4 July 2013

Sahabat


Sahabat,
Bila kita sebut tentang persahabatan semestinya ia adalah satu ikatan sesama manusia yang dimulai dengan sebuah pertemuan dan seterusnya kepada sebuah perkenalan. Dan dari perkenalan itu kita mengenali watak seseorang mahupun sikap seseorang,dan dari situ kita perlu memilih kawan yang betul-betul boleh digelar kawan.Bak kata orang kawan ketawa senang dicari,kawan menangis?Mungkin dalam 10 orang hanya seorang saja yang betul-betul boleh dijadikan kawan.Seperti yang pernah aku alami sendiri,ada seorang kawan yang betul-betul boleh mendengar keluh kesah aku,berkongsi segala masalah dan sama-sama merasai apa yang aku rasa sendiri.Memang seronok bila ramai kawan tapi bila kita memerlukan pertolongan dan meluahkan sesuatu apa yang membuat kita resah,kita pasti akan memilih seorang saja kawan yang mampu,yang kita rasa "ya,hanya dia yang boleh mendengar" .

Wednesday 3 July 2013

Sheishido Bisnes??

Assalamualaikum,
Baru-baru ni Diana baru saje buat bisnes kat dalam kolej ni,jual mask untuk muka iaitu sheishido.Mula-mula masa cuti sem 2 bulan tu just saje-saje je try pakai benda ni.Lepas tu,ada pula member ni memang sentiasa ada stok sheishido ni.Hmm Diana pun order lah,and then try la promote kat kolej ni.Hah ! tak sangka pulak ada yang  nak try jugak benda ni,student lelaki pun ada.Terbukti kan?semua pentingkan kecantikan..