Tuesday 1 April 2014

Kita Ke Kuching

Bermula dengan cuti mid-sem selama 2 minggu, aku dengan beberapa member aku pergi habiskan cuti dengan holiday ke Kuching,Sarawak J memandangkan flight dari Bintulu ke Kuching 45 minit je, so semua dengan senang hati lepas habis kelas terus lari pergi airport,haha

Dari kiri Kak Qat, aku, Ima, Safikah, Dila and Saadiah.
Ini la antara Kumbang di tengah bunga hehe Epy and Amirul.

Destinasi Pertama
            Seawal pagi lagi, kami dah bergerak ke destinasi wajib ! Ke Kampung Budaya Sarawak !! Perjalanan dari Bandar Kuching ke Santubong ambil masa selama 1 jam jugak la nak sampai..

Antara pemandangan yang sempat aku amik masa on the way ke Kampung Budaya, Gunung Santubong.
Kampung Budaya Sarawak












Waktu Kecilku :)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..
Terlintas kat fikiran aku secara tiba-tiba tentang cerita-cerita masih aku dengan adik-adik aku kecil lagi J. Ceritanya bermula dengan aku ternampak sebiji buah tembikai yang dijual di tep jalan, dan aku terlihat seorang budak lelaki sedang rajin menyusun buah-buahan tersebut. Aku tersenyum, aku mula terbayang diri aku masa kecil dulu.
            Abah aku seorang pemandu lori dan juga berniaga sebagai kerja sampingan masa dulu, ada la jugak sebuah gerai kat tepi jalan raya besar ni. Abah dengan mak berniaga secara kecil-kecilan menjual buah-buahan tempatan macam tembikai merah, tembikai susu, nenas, kelapa, buah naga dan macam-macam lagi. Lepas itu, mak juga ada buat jus—jus dari buah-buah tu dan pisang goreng, tempe goreng dan macam-macam lagi. Seronok masa tu, kerja aku selain dari tolong mak, makan dan minum hehehe.
            Seperti biasa, rutin harian aku setiap pagi, aku akan bangun pagi tolong mak potong-potong buah tembikai merah dengan tembikai susu untuk aku blender buat jus.. Selain itu, mak aku sibuk merebus air dan air gula, selesai je kerja-kerja tu semua, aku angkat semua jus-jus ke dalam troli. Aku dengan mak aku pun tolak slow-slow sampai depan tepi jalan, macam biasa aku bukak gerai buah mak aku tu, susun-susun buah sampai lah siap. Tepat pukul 11 je aku balik rumah terus bersiap-siap pergi sekolah, masa tu aku tingkatan 1 sekolah belah petang. Dah tu pergi sekolah naik basikal pulak tu, berkayuh aku ke sekolah. Laju basikal aku masa basikal Racingg.. haha
            Tapi serius laa, pengalaman dari kecil aku mengajar aku untuk bekerjasama, hidup dalam keadaan sederhana, sedikit pun aku tak mahu meminta-minta, sebolehnya aku cari sendiri. Dengan rutin setiap hari macam tu, masa malam pulak aku jaga adik-adik sambil buat kerja sekolah. Tambahan pula, adik-adik aku masa tu masih kecil lagi banyak kerenah, perlukan banyak kesabaran nak jaga J .
            Inilah aku, zaman waktu kecil aku, aku jarang sekali dapat peluang nak bermain dengan kawan-kawan yang lain. Dari kecil, aku berusaha untuk menyumbang tenaga untuk menolong keluarga. Walaupun, kadang-kadang teringin nak bermain dengan kawan-kawan, namun, aku hanya melihat dari jauh di kedai kecil mak aku. Tapi, aku masih tersenyum, “alaa..tak dapat main pun tak pe” hehe sebenarnya kalau nak cerita memang panjang lagi.. tunggu post seterusnya.. hehe

Ini laa makanan masa jaga gerai mak, hehe 


Sekian.